Friday, October 30, 2009

PKSR 4...PKSR 4...PKSR 4...PKSR 4

Bismillahirrahmanirrahim Was Solatu Was Salamu 'Ala Rasulullah...





Bermula minggu depan, 3-6 November 2009 PKSR 4 akan bermula. Oleh itu diharap kepada semua murid-murid Ustaz dapat mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh dan tekun. semoga murid-murid Ustaz berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik.





BerUSAHA dengan bersungguh-sungguh... Tunaikan solat pada waktunya dan berDOA mohon kejayaan kepada Allah... TAWAKKAL (berserah kepada Allah) kepada Allah dengan segala persiapan yang telah dibuat.








"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN"


"SEMOGA BERJAYA"


Monday, October 26, 2009

BAITULLAH AL-HARM - Maklumat Yang Boleh Di Kongsi Bersama

Bismillahirrahmanirrahim Was Solatu Was Salamu 'Ala Rasulillah...






























Selamat menunaikan Haji Buat Para Jemaah Haji.. Semoga mendapat Haji Yang Mabrur.
" حجا مبرورا وسعيا مشكورا وتجارة لن تبور "

Sunday, October 25, 2009

BONUS OH BONUS

Bismillahirrahmanirrahim Was Solatu Was Salamu 'Ala Rasulillah....

Alhamdulillah...Allah masih lagi rezekikan untuk kakitangan awam gred 41 ke atas dapat bonus.... walaupun sikit kira ok lah pada tak de langsung... Bersyukurlah kita pada Allah....

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud : "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan ; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKU), maka sesungguhnya azabKU sangat pedih".

Banyak mana pun duit belum tentu dapat mencukupkan manusia. Sebab sudah menjadi sifat manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada... Yang paling penting kita mohon KEBERKATAN daripada Allah swt terhadap rezeki yang kita dapat...

Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur di atas segala nikmat Allah swt...

Tuesday, October 20, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim Was Solatu Was Salaamu 'Ala Rasulillah...

Rasanya dah lama tak update blog nie...dek kerana kesibukan tugas harian... Alhamdulillah malam ni ada sedikit kelapangan yang dikurniakan oleh Allah untuk meninggalkan sedikit coretan dalam blog ni...

Dalam Bulan Oktober ni, banyak benar aktiviti yang dilaksanakan samada diperingkat sekolah, qaryah dan personal...


Bermula dengan jamuan Hari Raya pada 9/10 yang lalu. Bermula dengan masak lemang selepas Solat Jumaat dan diteruskan dengan Jamuan pada sebelah malamnya. Jamuan kali ni 2 dalam 1.. Jamuan hari raya dan hari keluarga.. Keesokan harinya pula, diteruskan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Berikut ialah sedikit gambar kenang-kenangan yang dapat dirakam sepanjang majlis...tak banyak gambar dapat dirakam, maklumlah sibuk buat persiapan bagi memastikan majlis berjalan lancar...






Wassalam...

Thursday, October 1, 2009

UJIAN DE E'IDULFITRI

Bismillahirrahmanirrahim.. Was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah...
Dalam kemeriahan meraikan eidulfitri tahun ini.... tiba-tiba aku diuji dengan ujian... tapi tak lah teruk sangat... cuma rasa banyaknya kekurangan diri berbanding dengan kasih sayang Allah kepada kita..... Mungkin ada kelemahan diri ini sehingga diuji dengan ujian ini.... Syukur kerana dengan ujian ini dapatlah aku buat muhasabah atas diri yang lemah ini....
teringat kata-kata "Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan", "Kadang-kadang kita nampak sesuatu perkara tu baik untuk kita, tetapi belum tentu ia baik disisi Allah... Kadang-kadang kita nampak perkara tu buruk untuk kita, tetapi belum tentu ia buruk disisi Allah".....


Keadaan kereta selepas terkena abestos(edec) yang diterbangkan angin masa angin ribut di Pasir Mas.....




Keadaan kereta selepas di ketuk...


khaulah tengok kete dah ok sikit. So dia kata : kete kita dah sihat dah abi.....

Selepas di gosok dengan kertas pasir



Selepas disimen


Keadaan kereta selepas di sembur cat..... Alhamdulillah sedap mata memandang....Uujiiaan...

khaulah ; abi kete kita dah cantik dah kan....

Firman Allah yang bermaksud : "Apabila kamu ditimpa dengan musibah, katakanlah sesungguhnya dari Allah kamu datang dan kepadanya kamu akan kembali ( Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun)"

Wassalam....