Monday, April 10, 2017

KEMBALI BERBLOG

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama blog nie beku.. baru terbuka rasa nak meng"update" blog nie... sekadar coretan bebas.. mudah-mudahan disana ada kebaikan untuk diri ini....

Alhamdulillah tahun 2017 ini, membuka lembaran baru dalam kehidupan ini apabila kembali mendaftar diri sebagai postgraduate student dan dalam waktu yang sama bekerja. Kiranye 2 in 1 lah.. Ini tidak lain dan tidak bukan, untuk meneruskan misi menggali Ilmu Allah yang luas ini.

Mudah-mudahan Allah permudahkan dan memberkati ku dalam "PhD Journey" ini. amiiin ya Robb.

Eh sempat pulak berblog pada malam nie yeeerrr????

Biasalah... nak relaks2 sikit...hehehehe....

Oklah. cukup untuk kali ini... sambung lain kali.........

Wassalam....

Monday, September 21, 2015

Online Survey

Assalamualaikum...

Kepada semua pengunjung...

Mohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk mengisi borang soalselidik online. Borang ini disediakan dalam dwibahasa. URL seperti berikut ;


Borang soalselidik ini adalah projek paper program Islamic Banking & Finance (MIBF).

Moga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 19, 2011

SIAPAKAH PILIHAN KITA @ ANAK KITA

Rasulullah S.A.W. bersabda, yang ertinya “ Perempuan dinikahi kerana empat perkara: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang memiliki agama yang kuat maka kamu akan beruntung.” (HR. Ahmad).

Kenapa agama? Kenapa tidak kekayaan, kecantikan & keturunan yg menjadi pilihan utama? Bukankah kekayaan lambang kemewahan? Bukankah kecantikan lambang keagungan? Bukankah keturunan lambang takhta kehidupan? Kebanyakan antara kita terkeliru antara keempat2 perkara ini. Apatah lagi setelah cinta sudah mekar di hati. Harta seolah menjadi jaminan kehidupan yg sempurna di kemudian hari. Kecantikan pula seolah2 kekal abadi yg tidak akan terlentur dek zaman. Apatah lagi keturunan yg seolah2 kita pemilik takhta zaman berzaman. Kenapa seringkali agama dipinggirkan bila memilih pasangan? Kenapa???

Kerana hati sendiri tidak pasti & kurangnya iman pada Ilahi. Kita beranggapan agama adalah dlm diri masing2... agama adalah solat... agama adalah yg telah termaktub dek keturunan... agama tidak perlu digabungkan dgn hal-hal lain. Betulkah begitu?? Atau kita sendiri yg beranggapan agama sekadar di mulut sahaja?

Ramai yg tidak sanggup menerima pasangan yang "beragama" sbg pasangan hidup kerana kebanyakkannya berkata, "sipolan itu tidak sporting... tidak boleh bawa ke parti tari menari...tidak bole berhibur dan wanita itu #@%^*"....mcm2 lg alasan.

Adakah itu cara hidup Islam? Adakah itu kaedah utk melahirkan zuriat pewaris Nabi?

Ada juga yg berkata, "Aku pilih kekayaan sebab aku boleh didik sipolan itu dari segi agamanya." Benarkah semudah itu utk mendidik seorang pasangan kaya yg telah lama tenggelam dengan kemewahannya? Apakah kita ada kekuatan sedemikian utk mendidiknya? Atau kita yang akan"dididiknya" dek kerana kemewahan yg telah ditaburkan kepada kita. Bukan mudah utk melaksanakan sbgmana yg pernah dilakukan oleh Rasulullah terhadap Siti Khadijah.

Ada juga yg berkata, "Aku pilih keturunan 'somebody' kerana aku hendak mendidiknya tunduk & tawadhu'." Benarkah berhasil utk kita mendidik seseorang itu menjadi begitu? Bukan mudah utk menjadi Siti Asiah di zaman moden ini.

Tahukah kita AGAMA itu sebenarnya mengatasi segala2nya. Sekiranya kita/anak2 kita dpt org yg "beragama" maknanya bakal pasangan kita/anak2 kita adalah seorang yg beriman dan bakal mendidik keluarganya kepada sebuah keluarga yg beriman dan bertaqwa. Alangkah indahnya jika pasangan kita itu adalah seorang yg beragama, cantik, kaya dan dari keturunan yg baik2.

Seorang pasangan yg beragama tahu amanahnya, peranannya & kewajipannya pd rumahtangga, pasangan, anak2, mertua dan sebagainya. Dia akan tahu bagaimana utk membahagiakan keluarga, menceriakan yg duka & menjernihkan yang keruh. Dia juga akan tahu mengatasi segala kelemahan dan menerima segala kelemahan dgn hati terbuka.

Tahukah kita semua, anak2 yg soleh itu adalah lahir dari seorang ibu & ayah yg solehah. Terbentuknya anak2 yg soleh itu sendiri seawal titik pertemuan ibu & ayahnya lagi. Di manakah & bagaimanakah pertemuan awalan ibu & ayahnya.... bagaimanakah penjagaan syariat keduanya... semuanya menjadi titik tolak utk melahirkan zuriat yg soleh. Cuba kita bayangkan pertemuan kita atau anak2 kita dengan pasangannya di panggung wayang atau di majlis tari menari atau di pantai2... Disusuli pula pertemuan demi pertemuan yg mengingkari syariat & perintah Allah SWT!!! Fikir2kanlah & renung2kanlah adakah ia menepati kehendak syariat Islam utk melahirkan generasi pewaris Nabi???

Alangkah indahnya sekiranya kita atau anak2 kita menemui pilihan hati penuh dgn sunnah & tuntutan agama.

Semoga nukilan ini menjadi panduan utk diri kita & anak2 kita di masa2 akan datang. InsyaAllah.


Nukilan : Ukhtiey Norihan Mohamed Naim (Deventer, Netherlands)

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

بسم الله الرحمن الرحيم...والصلاة والسلام علي رسول الله

Selamat menyambut tahun baru Hijriyyah kepada semua yang beragama Islam.... semoga dengan syiar ini memberi peringatan kepada kita tuntutan perlunya kita berhijrah dalam erti kata membuang segala keburukan kepada ketaqwaan disisi Allah swt. Dari melakukan maksiat kepada mengikut lunas-lunas syariat dan sebagainya....

Semoga tahun ini, kita mengHIJRAHkan kita kepada lebih mendekatkan kita kepada Allah swt...

Mafhum firman Allah swt dalam surah Ar-Ra'du: :Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

BERHIJRAH....BERUBAH....BERISTIQOMAH.....

SALAM MAAL HIJRAH... 1 MUHARRAM 1432

Sunday, May 16, 2010

TERIMA KASIH CIKGU

بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على رسول الله
.أما بعد
MasyaAllah...lama sungguh tak mengupdate blog ni. Pelbagai isu yang timbul dalam negara kita....rasanya nak diulas....tapi apakan daya, ia berlalu begitu sahaja... Namun hari ini, Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan untuk menekan keyboard pagi ni sambil menghirup white coffee.....
Terima Kasih Cikgu....Jasa Kalian Tak Kan Ku Lupa... Ingatan Pada Kalian akan Ku Ganti Dengan Titipan Kalimah Doa....
Bila Sebut kalimah guru...teringat kata-kata Saidina Ali kw yang bermaksud barangsiapa yang mengajarkanku(menjadi guruku) satu kalimah, maka dia adalah tuanku.
SubhanALLAH... besar sungguh jasa guru dalam mendidik dan memanusiakan kita... dari tidak mengenal huruf ,membaca dan mengira sehingga pandai membaca...
Kini bila dah jadi guru, barulah tahu rupanya bukan senang mendidik dan mentarbiah pelajar-pelajar... Sebab itulah, Islam memandang tinggi kedudukan seorang guru.... sebagimana Sabda Nabi saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi yang bermaksud ;
Daripada Abu Umamah ra berkata: Telah disebut disisi Rasulullah saw dua orang lelaki. Pertama 'Abid(ahli ibadah) dan Kedua Orang Yang 'Alim. Maka Rasulullah saw bersabda: "KELEBIHAN ORANG YANG ALIM ATAS ORANG YANG ABID SEPERTI KELEBIHANKU ATAS YANG PALING RENDAH DARIPADA KAMU"
Dalam riwayat lain disebutkan: "SESUNGGUHNYA ALLAH DAN PARA MALAIKATNYA, PARTA PENGHUNI SEGALA LANGIT DAN BUMI SEHINGGA SEMUT YANG ADA DI DALAM LUBANGNYA DAN IKAN YANG ADA DI LAUT, SEMUANYA MEMON KEBAIKAN BAGI ORANG YANG MENGAJAR MANUSIA AKAN KEBAIKANNYA".
Begitulah muliakan kedudukan seorang guru....
Oleh itu, sama-samalah kita menghargai jasa, pengorbanan dan kesabaran guru-guru....
Jika kita seorang murid, hormatilah guru
Jika kita seorang bapa, bersama-samalah dengan guru dalam mendidik anak-anak kita
Jika kita terkhilaf, bawalah berbincang bukan menyerang
Janganlah kita jadikan guru-guru sebagai musuh kita
SELAMAT HARI GURU....TERIMA KASIH CIKGU.....BUAT CIKGU YANG PERNAH MENDIDIK DIRIKU INI....

Saturday, March 27, 2010

MUHASABAH

بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين

Berita Harian Merto 24/03/2010 :

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH.



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini".

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak".

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP


Capaian terus:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article/index_html



Ulasan :


Ketegasan yang boleh dipuji... meletakkan Keredhaan Allah mendahului keredhaan manusia. Laknat Allah lebih ditakuti dan digeruni melebihi kesenangan dunia yang sementara ini.

Semoga ketegasan sebegini dapat dilihat dinegara yang kita cintai ini... Amin...

Berkenaan dengan arak :

1- Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 :

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

2- Hadis Nabi s.a.w :

Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar,

Rasulullah saw bersabda maksudnya:"Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak)".

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas jelas menyatakan bahawa semua jenis manfaat yang diambil, perkhidmatan yang diberi dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah HARAM. Samada minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lesen penjualan arak, mengambil keuntungan pelaburan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Hatta menghadiahkan kepada orang bukan Islam pun Haram.

Sebagaimana dalam hadis, seorang lelaki bertanya dengan Nabi saw : "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?” Nabi saw bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (ya'ni Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi".

Kesimpulannya, semua perkara ada kaitan dengan arak adalah HARAM sama sekali.... samada dalam urusan perniagaan mahupun pelaburan sehingga orang yang meluluskan lesen penjualan arak (bhgn perlesenan dan PBT) juga diLAKNAT ALLAH swt.

Begitu juga dalam persoalan pelaburan, samada dalam syarikat penjualan arak, syarikat yang terlibat dengannya ( penyediaan, pengangkutan, pembotolan arak). Ini semua tergolong dalam mereka yang memakan wang hasil penjualan arak. Mereka ini turul mendapat LAKNAT DARI ALLAH swt.

Oleh itu takutlah kita kepada AZAB ALLAH YANG AMAT PEDIH... Jauhilah kehidupan kita dengan benda-benda haram yang boleh merosakkan amalan kita. Kembalilah kita kepada Hukum Allah untuk keselamatan hidup kita di Dunia dan di Akhirat yang kekal abadi.

Saturday, December 26, 2009

GOLONGAN AHLUSUNNAH WAL JAMAAH MENURUT IMAM AL-BAGHDADI

Oleh : Dr Asmadi Mohamed Naim
SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq.
Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama.
Pada saya, ada sedikit masalah 'ketidakjujuran ilmu', bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ.
Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin.
Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah 'sikap amanah' dalam penulisan.
Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas.
Beliau menyatakan (hal.19): "Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Ibu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fikah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis daripada mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-Nya, hikmah-Nya dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud dan pada perkara usuluddin."
Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):
Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.
Golongan kedua ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).
Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu.
Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta'dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.
Golongan keempat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.
Golongan kelima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.
Golongan keenam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.
Golongan ketujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.
Golongan kelapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.
Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):
"Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan".
Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut.
Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam.