Saturday, March 27, 2010

MUHASABAH

بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين

Berita Harian Merto 24/03/2010 :

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH.



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini".

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak".

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP


Capaian terus:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article/index_html



Ulasan :


Ketegasan yang boleh dipuji... meletakkan Keredhaan Allah mendahului keredhaan manusia. Laknat Allah lebih ditakuti dan digeruni melebihi kesenangan dunia yang sementara ini.

Semoga ketegasan sebegini dapat dilihat dinegara yang kita cintai ini... Amin...

Berkenaan dengan arak :

1- Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 :

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

2- Hadis Nabi s.a.w :

Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar,

Rasulullah saw bersabda maksudnya:"Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak)".

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas jelas menyatakan bahawa semua jenis manfaat yang diambil, perkhidmatan yang diberi dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah HARAM. Samada minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lesen penjualan arak, mengambil keuntungan pelaburan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Hatta menghadiahkan kepada orang bukan Islam pun Haram.

Sebagaimana dalam hadis, seorang lelaki bertanya dengan Nabi saw : "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?” Nabi saw bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (ya'ni Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi".

Kesimpulannya, semua perkara ada kaitan dengan arak adalah HARAM sama sekali.... samada dalam urusan perniagaan mahupun pelaburan sehingga orang yang meluluskan lesen penjualan arak (bhgn perlesenan dan PBT) juga diLAKNAT ALLAH swt.

Begitu juga dalam persoalan pelaburan, samada dalam syarikat penjualan arak, syarikat yang terlibat dengannya ( penyediaan, pengangkutan, pembotolan arak). Ini semua tergolong dalam mereka yang memakan wang hasil penjualan arak. Mereka ini turul mendapat LAKNAT DARI ALLAH swt.

Oleh itu takutlah kita kepada AZAB ALLAH YANG AMAT PEDIH... Jauhilah kehidupan kita dengan benda-benda haram yang boleh merosakkan amalan kita. Kembalilah kita kepada Hukum Allah untuk keselamatan hidup kita di Dunia dan di Akhirat yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment