Monday, May 25, 2009

TAZKIRAH 1 : Riya’ – Makna & Jenisnya

...........بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan daya untuk mengedit blog ini. Kali ni rasanya ingin berbicara persoalan Riya’. Tajuk ini dipilih kerana ia amat penting dalam meletakkan value amalan kita disisi Allah….adakah ia diterima @ tidak???.... Lebih baik kita check dari sekarang kerana takut-takut time dicalculate amalan kita, rupa-rupanya satupun tak diterima disisi Allah dek kerana riya’….
Ini kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti kita berharap apabila dipandang ke kanan terbentang segala amalan kebaikan yang pernah kita lakukan didunia dulu, dan apabila pandang ke kiri tiada lembaran dosa dibuat….. itulah keadaan orang yang berjaya…. Tetapi kita takut amalan kebaikan sudah banyak kita buat hari ini, tetapi tidak dapat dilihat bilamana kita memandang ke kanan di akhirat kelak wal ‘iyyazubillah, ini kerana ketika kita melakukannya kita tidak ikhlas kepada Allah dan pada masa yang sama ada perasaan riya’ didalam hati…. Maka rugilah kita pada waktu itu….. Oleh itu, marilah kita lihat apakah dia riya’ dan apkah jenis-jenisnya, supaya kita tidak terjebak dengannya InsyAllah.....

So, marilah sama-sama kina kenal apakah itu riya’ dan cam ner jenis-jenisnya supaya kita dapat mengelak dari melakukanya. Di dalam kitab Penawar bagi hati, Syeikh Abdul Qadir menyatakan Riya’ bermaksud menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan atau menghendaki oleh seorang dengan ibadatnya akan manfaat dunia seperti harta dan puji.

Secara ringkas kita dapat fahami, bahawasanya riya’ itu ialah perlakuan yang dibuat bukan untuk mendapat keredhaan Allah tetapi untuk mendapat pujian daripada manusia.

Oleh itu ia merupakan perlakuan yang dicela dan ia adalah haram disisi Ijma’ Ulama’. Ia juga termasuk dalam syirik yang kecil.

Allah ta’ala berfirman dalam surah al-Maa’uun ayat 4 yang bermaksud “kecelakaanlah bagi mereka yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya’”.

Nabi SAW bersabda :

ان اخوف ما اخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة للمرائين اذا جزى الله الناس باعمالهم إذهبوا الى الذين كنتم تراءون في الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء

Bermaksud : “Bahawasanya yang lebih ditakuti daripada segala perkara yang aku takut atas kalian (adalah) syirik yang kecil dan iaitu (ia adalah ) riya’.Berfirman Allah pada hari kiamat bagi sekalian yang riya’ apabila membalas Allah Ta’ala akan manusia dengan segala amal mereka itu : pergi oleh kamu kepada mereka yang ada kamu mengerjakan ibadah kerana mereka itu didalam dunia , lihatlah oleh kamu adakah mendapat kamu pada sisi mereka itu akan balasan (ertinya tiada kuasa mereka itu membalas amal ibadah kamu. Maka tiada faedah bagi riya’ bahkan kamu rugi dengan penat saja tanpa mendapat pahala disisi Allah)”.

Dalam hadis lain Nabi bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga atas tiap-tiap orang yang riya’”


Jenis-jenis Riya’ :

Setelah kita mengetahui apakah itu riya’, sekarang mari kita lihat dan renungkan apakah pula jenis-jenisnya...... Semoga kita tidak melakukannya....
Syeikh Abdul Qadir menyatakan riya’ ini ada enam macam iaitu :

Pertama : Riya’ dengan tubuh badan seperti menzahirkan kurus badannya dan pucat mukanya supaya disangka kuat mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang harinya.

Kedua : Riya’ dengan kelakuan seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka memikirkan akhirat.

Ketiga : Riya’ dengan pakaian seperti memakai pakaian daripada kain yang kasar-kasar dan yang bertampung-tampung supaya disangka daripada ahli tasauf.

Keempat : Riya’ dengan perkataan seperti riya’ orang yang berpidato/berceramah tanpa ikhlas dan seperti orang yang menggerakkan bibir dengan berzikir dihadapan orang lain.

Kelima : Riya’ dengan pekerjaan seperti memanjangkan berdiri dan ruku’ dan sujud didalam solat dihadapan orang.

Keenam : Riya’ dengan ramainya murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.

Itulah dia enam jenis riya’ yang boleh menyebabkan amalan ibadah seseorang itu menjadi tidak bernilai disisi Allah Ta’ala. Maka semua yang disebut di atas itu haram bahkan berdosa besar.

Sama-samalah kita renung-renungkan untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik.... Dan InsyaAllah jika ada keizinan Allah ta;ala kita akan sambung lagi perbincangan mengenai riya’ pada tulisan akan datang............

Wassalam.......

Sunday, May 24, 2009

HARI GURU 2009 SKTPB

Bismillahi Walhamdulillah....
pada hari Isnin 18/05/09 yang lalu, telah diadakan sambutan hari guru bagi meraikan cikgu-cikgu... So, macam biasalah....pada hari tersebut, macam biasa tak de p&p....
Program hari tu, bermula dengan games untuk cikgu pada sebelah pagi & selepas rehat baru acara rasmi.




Sebelum games bermula, cam biasa akan ade taklimat & pg ni cikgu rosdi & cikgu nasa yang bagi taklimat..... antara taklimat yang diberi ; selalu murid main cikgu tengok, jd hari ni, saya harap murid-murid bagi peluang cikgu main & murid tengk :).....
macam-macam games yang dibuat.. jom tengok:)


Selepas rehat baru mula acara rasmi....antara aktiviti yang dibuat baca teks ucapan, nyanyian lagu guru malaysia, lagu tema dan warisan, potong kek sumbangan PIBG, persembahan guru, murid bagi hadiah kat cikgu, dan yang paling best cikgu tukar hadiah sesama cikgu (ingat time blaja dulu buat tukar-tukar hadiah....yang paling tak leh lupa member yang dapat alat pengeruk:)...hehehe)


Begitulah riang ria sambutan hari guru tahun ini....
Itulah sedikit sebanyak coretan hari guru 2009.... Kepada Guru, tunaikanlah amanah dengan sebaiknya..... Dan buat mereka yang bergelar anak didik, Ingatlah sentiasa akan jasa & pengorbanan guru dengan sentiasa mendoakn kesejahteraan mereka...... Hormatilah guru, agar ilmu yang diperolehi diberkati Allah.... Sesungguhnya tiada yang diharapkan oleh seorang guru melainkan kejayaan anak didiknya di daraini.....

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Itulah tema sambutan hari guru 2009. Semoga tema ni menjadi pemangkin buat semua guru (termasuk diri ku ini) untuk berkhidmat dengan lebih ikhlas dan gigih dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara......
KELEBIHAN GURU DISISI ISLAM
Sebagai renungan bersama, marilah kita lihat apakah kelebihan seorang guru disisi islam...
Terdapab banyak ayat-ayat Al-Quran & Hadis yang menceritakan akan kelebihan guru. Antaranya,
1) Firman Allah :
" وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَالْمُسْلِمِينَ "
Maksudnya : Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
2) Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahla amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)
"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)
*Hadis Gharib bermaksud hadis yg diriwayatkan oleh seorang perawi dalam stu lapisan perawi atau lebih.
Daripada ayat & hadis ini dapatlah kita ketahui bahawasanya Kedudukan guru disisi islam amatlah tinggi nilainya, mendapat ganjaran yang tidak putus-putus disisi Allah SWT. Beruntunglah mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang cikgu....
Antara kelebihan guru :
1-guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya.
2-guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.
3-guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.
*dipetik dari artikel IKIM
Oleh itu, bersamalah kita berIstiqomah dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan....Jadilah kita muallim, muaddib dan murabbi yang bukan setakat mengajar tetapi pada masa yang sama kita juga mendidik dan membentuk akhlak mahmudah anak didik kita....
Akhir kata, SELAMAT HARI GURU..... Terima kasih Cikgu.....................
Wassalam