Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim Was Solatu Was Salaamu 'Ala Rasulillah...

Rasanya dah lama tak update blog nie...dek kerana kesibukan tugas harian... Alhamdulillah malam ni ada sedikit kelapangan yang dikurniakan oleh Allah untuk meninggalkan sedikit coretan dalam blog ni...

Dalam Bulan Oktober ni, banyak benar aktiviti yang dilaksanakan samada diperingkat sekolah, qaryah dan personal...


Bermula dengan jamuan Hari Raya pada 9/10 yang lalu. Bermula dengan masak lemang selepas Solat Jumaat dan diteruskan dengan Jamuan pada sebelah malamnya. Jamuan kali ni 2 dalam 1.. Jamuan hari raya dan hari keluarga.. Keesokan harinya pula, diteruskan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Berikut ialah sedikit gambar kenang-kenangan yang dapat dirakam sepanjang majlis...tak banyak gambar dapat dirakam, maklumlah sibuk buat persiapan bagi memastikan majlis berjalan lancar...






Wassalam...

Sunday, May 24, 2009

HARI GURU 2009 SKTPB

Bismillahi Walhamdulillah....
pada hari Isnin 18/05/09 yang lalu, telah diadakan sambutan hari guru bagi meraikan cikgu-cikgu... So, macam biasalah....pada hari tersebut, macam biasa tak de p&p....
Program hari tu, bermula dengan games untuk cikgu pada sebelah pagi & selepas rehat baru acara rasmi.




Sebelum games bermula, cam biasa akan ade taklimat & pg ni cikgu rosdi & cikgu nasa yang bagi taklimat..... antara taklimat yang diberi ; selalu murid main cikgu tengok, jd hari ni, saya harap murid-murid bagi peluang cikgu main & murid tengk :).....
macam-macam games yang dibuat.. jom tengok:)


Selepas rehat baru mula acara rasmi....antara aktiviti yang dibuat baca teks ucapan, nyanyian lagu guru malaysia, lagu tema dan warisan, potong kek sumbangan PIBG, persembahan guru, murid bagi hadiah kat cikgu, dan yang paling best cikgu tukar hadiah sesama cikgu (ingat time blaja dulu buat tukar-tukar hadiah....yang paling tak leh lupa member yang dapat alat pengeruk:)...hehehe)


Begitulah riang ria sambutan hari guru tahun ini....
Itulah sedikit sebanyak coretan hari guru 2009.... Kepada Guru, tunaikanlah amanah dengan sebaiknya..... Dan buat mereka yang bergelar anak didik, Ingatlah sentiasa akan jasa & pengorbanan guru dengan sentiasa mendoakn kesejahteraan mereka...... Hormatilah guru, agar ilmu yang diperolehi diberkati Allah.... Sesungguhnya tiada yang diharapkan oleh seorang guru melainkan kejayaan anak didiknya di daraini.....