Tuesday, June 16, 2009

PERGINYA SEORANG ILMUAN ISLAM

Pada 13/6/2009 yang lalu, Almarhum Dr Fathi Yakan telah kembali mengadap Ilahi. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh....Amin....

Berikut ialah sedikit sebanyak maklumat mengenai Almarhum :
Dilahirkan pada 9 Feb 1933 di Tripoli, Utara Lubnan. Mendapat Phd dalam jurusan Bahasa Arab & Pengajian Islam...




Sepanjang hayatnya, merupakan seorang yang aktif dalam penyebaran Dakwah Islam dan politik...Pernah menjawat jawatan yang penting antaranya General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya selepas memenangi kerusi Parlimen Lubnan dari 1962 sehingga 1992.


Almarhum juga seorang yang banyak membuat jasa dalam bidang dahwah melalui penulisan. Almarhum telah menulis buku-buku yang amat bermanfaat kepada dunia Islam dengan menghasilkan lebih 35 buah buku yang kebanyakan telah diterjemah ke pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu....

Sunday, June 14, 2009

Bertemu Kembali

Bismillah was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah... Segala puji dan puja dihadapkan kepada Allah swt..

Hampir 2 minggu tak serve internet, broadband dibawa oleh ayu ke maktab perguruan k.lipis... so segala aktiviti melayari intrnet kene stop dulu...

Kebetulan minggu ini ayu kene g BTN di Kuala Sentul Maran selama lima hari... Selamat berBTN buat isteri tercinta..... so bolehlah guna broadband ni n bolehlah mengedit blog ni..



Dalam tempoh 2 minggu ni, macam-macam yang berlaku, ada yang menggembirakan dan tak kurang juga yang menyedihkan......

Bermula dengan Majlis Persaraan Kerani Sekolah (akan dibuat post khas), kemudian terima berita Almarhumah Marini sakit, selang beberapa hari terima berita yang amat menyedihkan iaitu berita kembalinya Almarhumah Marini... Marilah sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatehah Buat Almarhumah...


Dan yang paling best, kena jaga puteri tersayang khaulah azwar sebab ayu kena masuk maktab buat masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 minggu..so orang kata kena jd Mr. Mama lah....













khaulah: buat tok ma, tok abah & ummi yang slamat menunaikan umrah.....jgn lupa doakan khaulah jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & di akhirat..



Kemudian pada 8 Jun hantar abah,ma & k.yang ke KLIA untuk menunaikan Umrah selama 12 hari. Umrah yang disertai ini diketuai oleh Ust Rosli Jabar. Semua ade masa pegi hantar kat KLIA..Semoga Allah permudahkan urusan kalian diberi kemudahan, kedamaian serta ketenangan dalam melaksanakan manasik umrah serta diterima disisi Allah swt.....


Kami sampai di KLIA kurang lebih jam 1 tengah hari. Manakala Jemaah yang datang dari kuantan dengan bas bersama-sama dengan ust. rosli jabar sampai kurang lebih jam 2 petang.


barang-barang abah,ma& k.yang.

antara yang pergi hantar ma, abah & k.yang kat airport KLIA


Cam nilah suasana di KLIA, anak-anak sedara main kat KLIA cam ade pesta pulak......








Pada jam 2 petang, ust rosli bawa barang-barang jemaah untuk di check-in......




tidak melepaskan peluang tolong ketua rombongan masa check in barang-barang

Pada jam 3.45 petang, para jemaah mula bergerak untuk boarding.....sebelum tu kita orang bersalam-salaman dengan ma, abah & k.yang.....



Demikianlah coretan yang dapat dibuat dalam 2 minggu yang lalu....