Tuesday, June 16, 2009

PERGINYA SEORANG ILMUAN ISLAM

Pada 13/6/2009 yang lalu, Almarhum Dr Fathi Yakan telah kembali mengadap Ilahi. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh....Amin....

Berikut ialah sedikit sebanyak maklumat mengenai Almarhum :
Dilahirkan pada 9 Feb 1933 di Tripoli, Utara Lubnan. Mendapat Phd dalam jurusan Bahasa Arab & Pengajian Islam...




Sepanjang hayatnya, merupakan seorang yang aktif dalam penyebaran Dakwah Islam dan politik...Pernah menjawat jawatan yang penting antaranya General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya selepas memenangi kerusi Parlimen Lubnan dari 1962 sehingga 1992.


Almarhum juga seorang yang banyak membuat jasa dalam bidang dahwah melalui penulisan. Almarhum telah menulis buku-buku yang amat bermanfaat kepada dunia Islam dengan menghasilkan lebih 35 buah buku yang kebanyakan telah diterjemah ke pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu....

No comments:

Post a Comment