Wednesday, August 26, 2009

KHAULAH DE RAMADAN

Bismillah Wa as-Solatu wa as-salamu a'la Rasulillah....

Rasanya petang ni nak tulis sedikit perjalanan pulang ke rumah atok & mamatok khaulah di Kg. Melayu Sri Kundang....

Alhamdulillah, kurang lebih jam 3 petang tadi, kami sekeluarga tiba di rumah atuk & mamatok khaulah untuk menjalani Ibadah Ramadan bersama-sama....

Perjalanan hari ni, ambil masa lama sikit, sebab Khaulah muntah ketika dalam perjalanan, habis baju umi n khaulah... pendek kata satu kereta berbau dengan muntah khaulah... tahan je lee....
so untuk bersihkan, kena berhenti kat R&R Gombak...mandikan khaulah n tukar baju.... orang kata, itulah adat ada anak bertuah.....

Sesampai je kat rumah..... khaulah terus makan nasi... maklumlah dah muntah tadi...... sambil-sambil makan nasi, Khaulah kata kat mamatok ; Mamatok, tok ma kirim salam kat mamatok..... maka tergelaklah mamatok n umi khaulah melihat telatah khaulah...

Demikian sedikit sebanyak coretan de petang 5 Ramadan.....

Renungan diambil daripada Hadis Nabi saw, ketika mana Nabi saw menaiki setiap anak tangga mimbar untuk berkhutbah, Nabi saw menyebut AMIN. Sahabat yang berada disitu kehairanan... Lalu setelah selesai Khutbah, sahabat bertanyakan Nabi akan perlakuan Nabi itu tadi.... Lalu Nabi saw menjawab ; Ketika aku menaiki anak tangga pertama Jibrail berdoa ; BINASALAH SESIAPA YANG MENGETAHUI RAMADAN (BERPUASA RAMADAN), TETAPI TIDAK DIAMPUNKAN DOSANYA. Lalu aku menjawab AMIN.. Ketika menaiki anak tangga kedua Jibrail berdoa ; BINASALAH SESIAPA YANG KAMU DISEBUT DISISINYA, TETAPI DIA TIDAK BERSELAWAT KEATAS KAMU. Lalu aku menjawab AMIN. Ketika menaiki anak tangga ketiga, Jibrail berdoa ; BINASALAH SESIAPA YANG MENJAGA IBUBAPA YANG TELAH LANJUT USIA, TETAPI IBUBAPANYA TIDAK MEMASUKKANNYA KE SYURGA. Lalu aku menjawab AMIN.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang mendapat pengampunan dari MU hasil dari Ramadan yang kami lalui dan jadikanlah kami orang yang Istiqomah dalam melaksanakan ibadah kepada Mu...Amin...

Saturday, August 22, 2009

أهلا وسهلا يا رمضان............... رمضان كريم

Bismillahi was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah...





Sabda Nabi saw :
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perkiraan mendapat pahala daripada Allah swt, maka diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu.



Selamat menyambut bulan Ramadan diucapkan kepada umat Islam diseluruh dunia.... Semoga Ramadan kali ini benar-benar menjadikan kita orang yang bertaqwa kepada Allah swt... sebagaimana firman Allah ta'ala didalam surah Al-Baqoroh ayat 18

Menurut pandangan syeikh Al-Qurtubi, (تتقون ) maknanya Orang-orang yang lemah ; iaitu puasa menahan kita dari makan, apabila kurang makan maka akan lemahlah nafsu syahwat, maka bila lemah nafsu syahwat maka berkuranglah perlakuan maksiat.

Manakala menurut pandangan Al-Soobuni dalam Sofwatu ul-Tafasiif ( لعلكم تتقون ) bermaksud berpuasa adalah untuk menjadikan seseorang tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah dan Orang-orang yang menjauhi laranganNya.

Oleh itu, dengan datangnya Ramadan dapat membantu kita melawan hawa nafsu dan membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta'ala.

Dalam kita melaksanakan puasa dibulan ramadan dua perkara perlu menjadi dasar kepada puasa kita iaitu pertama Ikhlas dan kedua sabar.

Kita melaksanakannya dengan Ikhlas kerana Allah ta'ala, ini kerana puasa merupakan amalan yang hanya pelaku dan Allah sahaja yang tahu. Berbeza dengan amalan lain seperti solat, zakat dan haji...semua itu diketahui oleh orang lain jika kita melaksanakan, tetapi puasa ini antara pelaku dan Allah Sebagaimana sabda Nabi saw dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim : Allah Subhanahuwata'ala bersabda setiap amalan anak Adam itu untuknya kecuali PUASA, maka sesungguhnya puasa bagi Ku dan Aku akan mengganjarinya....)

Dasar kedua yang perlu kita ketahui, ialah puasa mengajar kita erti kesabaran dalam banyak perkara. Oleh yang demikian, dalam kita melaksanakan puasa, kita perlu meletakkan sabar sebagai dasarnya sebagaimana sabda nabi saw dalam hadis riwayat Turmidzi yang bermaksud : Tasbih memenuhi setengah daripada mizan (timbangan), Al-Hamdulillah memenuhi timbangan, dan Takbir memenuhinya antara langit dan bumi, Dan PUASA ITU SETENGAH SABAR, dan kebersihan itu setengah daripada Iman.

Demikianlah dasar yang perlu kita ada dalam kita mencari ketaqwaan disisi Allah swt melalui pelaksanaan puasa ramadan.

Puasa semata-mata tidak mencukupkan amalan kita dibulan Ramadan yang penuh barokah ini. Oleh yang demikian, kita perlu ada value added dalam pelaksanaan amalan dibulan Ramadan selain daripada puasa. Antaranya, tiga elemen penting yang boleh menjadi nilai tambah kepada puasa kita iaitu pertama solat terawih, kedua membaca dan tadabbur Al-Quran dan ketiga sedekah. Kerana ini semua merupakan perkara yang digalakkan oleh Allah swt untuk kita amalkannya.

Akhirnya, sama-samalah kita hayati hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :

"Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan berapa ramai orang yang berjaga malam untuk beribadat(qiamullail) tidak mendapat apa-apa melainkan berjaga malam"

Begitulah sedikit sebanyak perkara yang dapat dikongsi bersama dalam kita melaksanakan ibadah puasa. Pastikan puasa kita tidak hanya menaha lapar dan dahaga tetapi dalam masa yang sama hati, mata, telinga dan mulut kita juga berpuasa kepada Allah.

SEMOGA RAMADAN TAHUN INI BENAR-BENAR MENJADIKAN KITA HAMBA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA YANG DAPAT MENINGGALKAN SEGALA MAKSIAT KEPADA ALLAH SAMADA DALAM BENTUK PERKATAAN, PERBUATAN, PERGAULAN, PAKAIAN DAN SEGALANYA.

Thursday, August 13, 2009

KISAH DARI E-MAIL

Hari ini, ana ingin berkongsi dengan kalian berkenaan dengan satu kisah yang ana terima melalui e-mail. Moga-moga kisah ini, boleh kita kongsi bersama dan ambil iktibar daripadanya. Sebarang respon ana harapkan daripada sahabat-sahabat yang arif dalam bidangnya.

Artikel tersebut menceritakan pengalaman sepasang suami isteri yang dikurniakan Allah anak sulung. Melalui anak sulung inilah mereka diberikan ilmu membesarkan anak. Beliau merupakan seorang guru sains (biologi) disalah sebuah sekolah dinegeri Pahang. Berikut ialah kisahnya yang diberi tajuk (PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS):

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:


1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan & etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini .. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .


Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Monday, August 10, 2009

DOA KETIKA TERJADI PENYAKIT MENULAR (WABAK)

سم الله الرحمن الرحيم
Sama-samalah kita amalkan doa dibawah ini. Semoga kita selamat dari wabak penyakit yang sedang melanda negara kita kini....

Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,
Aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,
aku bertawakkal kepada tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.
Hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kita sebagai hamba hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Hidup atau mati semuanya ketentuan Allah.
selamat beramal....