Saturday, August 22, 2009

أهلا وسهلا يا رمضان............... رمضان كريم

Bismillahi was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah...





Sabda Nabi saw :
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perkiraan mendapat pahala daripada Allah swt, maka diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu.



Selamat menyambut bulan Ramadan diucapkan kepada umat Islam diseluruh dunia.... Semoga Ramadan kali ini benar-benar menjadikan kita orang yang bertaqwa kepada Allah swt... sebagaimana firman Allah ta'ala didalam surah Al-Baqoroh ayat 18

Menurut pandangan syeikh Al-Qurtubi, (تتقون ) maknanya Orang-orang yang lemah ; iaitu puasa menahan kita dari makan, apabila kurang makan maka akan lemahlah nafsu syahwat, maka bila lemah nafsu syahwat maka berkuranglah perlakuan maksiat.

Manakala menurut pandangan Al-Soobuni dalam Sofwatu ul-Tafasiif ( لعلكم تتقون ) bermaksud berpuasa adalah untuk menjadikan seseorang tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah dan Orang-orang yang menjauhi laranganNya.

Oleh itu, dengan datangnya Ramadan dapat membantu kita melawan hawa nafsu dan membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta'ala.

Dalam kita melaksanakan puasa dibulan ramadan dua perkara perlu menjadi dasar kepada puasa kita iaitu pertama Ikhlas dan kedua sabar.

Kita melaksanakannya dengan Ikhlas kerana Allah ta'ala, ini kerana puasa merupakan amalan yang hanya pelaku dan Allah sahaja yang tahu. Berbeza dengan amalan lain seperti solat, zakat dan haji...semua itu diketahui oleh orang lain jika kita melaksanakan, tetapi puasa ini antara pelaku dan Allah Sebagaimana sabda Nabi saw dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim : Allah Subhanahuwata'ala bersabda setiap amalan anak Adam itu untuknya kecuali PUASA, maka sesungguhnya puasa bagi Ku dan Aku akan mengganjarinya....)

Dasar kedua yang perlu kita ketahui, ialah puasa mengajar kita erti kesabaran dalam banyak perkara. Oleh yang demikian, dalam kita melaksanakan puasa, kita perlu meletakkan sabar sebagai dasarnya sebagaimana sabda nabi saw dalam hadis riwayat Turmidzi yang bermaksud : Tasbih memenuhi setengah daripada mizan (timbangan), Al-Hamdulillah memenuhi timbangan, dan Takbir memenuhinya antara langit dan bumi, Dan PUASA ITU SETENGAH SABAR, dan kebersihan itu setengah daripada Iman.

Demikianlah dasar yang perlu kita ada dalam kita mencari ketaqwaan disisi Allah swt melalui pelaksanaan puasa ramadan.

Puasa semata-mata tidak mencukupkan amalan kita dibulan Ramadan yang penuh barokah ini. Oleh yang demikian, kita perlu ada value added dalam pelaksanaan amalan dibulan Ramadan selain daripada puasa. Antaranya, tiga elemen penting yang boleh menjadi nilai tambah kepada puasa kita iaitu pertama solat terawih, kedua membaca dan tadabbur Al-Quran dan ketiga sedekah. Kerana ini semua merupakan perkara yang digalakkan oleh Allah swt untuk kita amalkannya.

Akhirnya, sama-samalah kita hayati hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :

"Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan berapa ramai orang yang berjaga malam untuk beribadat(qiamullail) tidak mendapat apa-apa melainkan berjaga malam"

Begitulah sedikit sebanyak perkara yang dapat dikongsi bersama dalam kita melaksanakan ibadah puasa. Pastikan puasa kita tidak hanya menaha lapar dan dahaga tetapi dalam masa yang sama hati, mata, telinga dan mulut kita juga berpuasa kepada Allah.

SEMOGA RAMADAN TAHUN INI BENAR-BENAR MENJADIKAN KITA HAMBA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA YANG DAPAT MENINGGALKAN SEGALA MAKSIAT KEPADA ALLAH SAMADA DALAM BENTUK PERKATAAN, PERBUATAN, PERGAULAN, PAKAIAN DAN SEGALANYA.

No comments:

Post a Comment