Monday, April 10, 2017
KEMBALI BERBLOG
Monday, September 21, 2015
Online Survey
Tuesday, April 19, 2011
SIAPAKAH PILIHAN KITA @ ANAK KITA
Rasulullah S.A.W. bersabda, yang ertinya “ Perempuan dinikahi kerana empat perkara: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang memiliki agama yang kuat maka kamu akan beruntung.” (HR. Ahmad).
Kenapa agama? Kenapa tidak kekayaan, kecantikan & keturunan yg menjadi pilihan utama? Bukankah kekayaan lambang kemewahan? Bukankah kecantikan lambang keagungan? Bukankah keturunan lambang takhta kehidupan? Kebanyakan antara kita terkeliru antara keempat2 perkara ini. Apatah lagi setelah cinta sudah mekar di hati. Harta seolah menjadi jaminan kehidupan yg sempurna di kemudian hari. Kecantikan pula seolah2 kekal abadi yg tidak akan terlentur dek zaman. Apatah lagi keturunan yg seolah2 kita pemilik takhta zaman berzaman. Kenapa seringkali agama dipinggirkan bila memilih pasangan? Kenapa???
Kerana hati sendiri tidak pasti & kurangnya iman pada Ilahi. Kita beranggapan agama adalah dlm diri masing2... agama adalah solat... agama adalah yg telah termaktub dek keturunan... agama tidak perlu digabungkan dgn hal-hal lain. Betulkah begitu?? Atau kita sendiri yg beranggapan agama sekadar di mulut sahaja?
Ramai yg tidak sanggup menerima pasangan yang "beragama" sbg pasangan hidup kerana kebanyakkannya berkata, "sipolan itu tidak sporting... tidak boleh bawa ke parti tari menari...tidak bole berhibur dan wanita itu #@%^*"....mcm2 lg alasan.
Adakah itu cara hidup Islam? Adakah itu kaedah utk melahirkan zuriat pewaris Nabi?
Ada juga yg berkata, "Aku pilih kekayaan sebab aku boleh didik sipolan itu dari segi agamanya." Benarkah semudah itu utk mendidik seorang pasangan kaya yg telah lama tenggelam dengan kemewahannya? Apakah kita ada kekuatan sedemikian utk mendidiknya? Atau kita yang akan"dididiknya" dek kerana kemewahan yg telah ditaburkan kepada kita. Bukan mudah utk melaksanakan sbgmana yg pernah dilakukan oleh Rasulullah terhadap Siti Khadijah.
Ada juga yg berkata, "Aku pilih keturunan 'somebody' kerana aku hendak mendidiknya tunduk & tawadhu'." Benarkah berhasil utk kita mendidik seseorang itu menjadi begitu? Bukan mudah utk menjadi Siti Asiah di zaman moden ini.
Tahukah kita AGAMA itu sebenarnya mengatasi segala2nya. Sekiranya kita/anak2 kita dpt org yg "beragama" maknanya bakal pasangan kita/anak2 kita adalah seorang yg beriman dan bakal mendidik keluarganya kepada sebuah keluarga yg beriman dan bertaqwa. Alangkah indahnya jika pasangan kita itu adalah seorang yg beragama, cantik, kaya dan dari keturunan yg baik2.
Seorang pasangan yg beragama tahu amanahnya, peranannya & kewajipannya pd rumahtangga, pasangan, anak2, mertua dan sebagainya. Dia akan tahu bagaimana utk membahagiakan keluarga, menceriakan yg duka & menjernihkan yang keruh. Dia juga akan tahu mengatasi segala kelemahan dan menerima segala kelemahan dgn hati terbuka.
Tahukah kita semua, anak2 yg soleh itu adalah lahir dari seorang ibu & ayah yg solehah. Terbentuknya anak2 yg soleh itu sendiri seawal titik pertemuan ibu & ayahnya lagi. Di manakah & bagaimanakah pertemuan awalan ibu & ayahnya.... bagaimanakah penjagaan syariat keduanya... semuanya menjadi titik tolak utk melahirkan zuriat yg soleh. Cuba kita bayangkan pertemuan kita atau anak2 kita dengan pasangannya di panggung wayang atau di majlis tari menari atau di pantai2... Disusuli pula pertemuan demi pertemuan yg mengingkari syariat & perintah Allah SWT!!! Fikir2kanlah & renung2kanlah adakah ia menepati kehendak syariat Islam utk melahirkan generasi pewaris Nabi???
Alangkah indahnya sekiranya kita atau anak2 kita menemui pilihan hati penuh dgn sunnah & tuntutan agama.
Semoga nukilan ini menjadi panduan utk diri kita & anak2 kita di masa2 akan datang. InsyaAllah.
Nukilan : Ukhtiey Norihan Mohamed Naim (Deventer, Netherlands)
Tuesday, December 7, 2010
SALAM MAAL HIJRAH 1432
Sunday, May 16, 2010
TERIMA KASIH CIKGU
Saturday, March 27, 2010
MUHASABAH
Berita Harian Merto 24/03/2010 :
BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH.
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan."Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini".
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak".
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP
Capaian terus:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article/index_html
Ulasan :
Ketegasan yang boleh dipuji... meletakkan Keredhaan Allah mendahului keredhaan manusia. Laknat Allah lebih ditakuti dan digeruni melebihi kesenangan dunia yang sementara ini.
Semoga ketegasan sebegini dapat dilihat dinegara yang kita cintai ini... Amin...
Berkenaan dengan arak :
1- Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 :
"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."
2- Hadis Nabi s.a.w :
Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar,
Rasulullah saw bersabda maksudnya:"Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak)".
Ayat Al-Quran dan Hadis di atas jelas menyatakan bahawa semua jenis manfaat yang diambil, perkhidmatan yang diberi dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah HARAM. Samada minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lesen penjualan arak, mengambil keuntungan pelaburan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Hatta menghadiahkan kepada orang bukan Islam pun Haram.
Sebagaimana dalam hadis, seorang lelaki bertanya dengan Nabi saw : "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?” Nabi saw bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (ya'ni Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi".
Kesimpulannya, semua perkara ada kaitan dengan arak adalah HARAM sama sekali.... samada dalam urusan perniagaan mahupun pelaburan sehingga orang yang meluluskan lesen penjualan arak (bhgn perlesenan dan PBT) juga diLAKNAT ALLAH swt.
Begitu juga dalam persoalan pelaburan, samada dalam syarikat penjualan arak, syarikat yang terlibat dengannya ( penyediaan, pengangkutan, pembotolan arak). Ini semua tergolong dalam mereka yang memakan wang hasil penjualan arak. Mereka ini turul mendapat LAKNAT DARI ALLAH swt.
Oleh itu takutlah kita kepada AZAB ALLAH YANG AMAT PEDIH... Jauhilah kehidupan kita dengan benda-benda haram yang boleh merosakkan amalan kita. Kembalilah kita kepada Hukum Allah untuk keselamatan hidup kita di Dunia dan di Akhirat yang kekal abadi.
Saturday, December 26, 2009
GOLONGAN AHLUSUNNAH WAL JAMAAH MENURUT IMAM AL-BAGHDADI
Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):
Sunday, December 6, 2009
PEMIKIRAN ANTIMAZHAB ANCAM SYARIAT ISLAM
Pemikiran antimazhab ancam syariat Islam
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20091205001609/Article/
Oleh Muhammad Rashidi Wahab
shidi_buluh@yahoo.com
Penulis ialah mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan boleh dihubungi melalui e-mel: shidi_buluh@yahoo.com dan blog: http://buluh.iluvislam.com.
BERADAB DALAM BERBEZA PENDAPAT
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Oleh NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD
KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.
Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.
Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.
Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok 'mujaddid palsu' ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.
Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya. (Sunan Abu Dawud)
Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya 'memperbaharui' agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).
Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.
Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.
Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa "kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang." Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat 'cabang-cabang' Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.
Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.
Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung dengan adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis: Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain. (al-I'tisom 2/191)
Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.
Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan "kalimatul haq yuridu biha al-batil".
Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi 'bebas mazhab' (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap 'bidaah' paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu al-Shari'at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid'ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).
Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd 'ala man Ittaba'a Ghayr al-Madhahib al-Arba'ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).
Kita perlu faham bahawa apabila disebut 'mengikut mazhab' bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.
Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alima ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.
Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.
Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.
Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.
Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.
Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan 'mengajar' masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.
Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita 'mengajar' masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak'.
Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Sunday, November 8, 2009
WAJIB IKUT MAZHAB?
Friday, October 30, 2009
PKSR 4...PKSR 4...PKSR 4...PKSR 4
Bermula minggu depan, 3-6 November 2009 PKSR 4 akan bermula. Oleh itu diharap kepada semua murid-murid Ustaz dapat mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh dan tekun. semoga murid-murid Ustaz berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik.
BerUSAHA dengan bersungguh-sungguh... Tunaikan solat pada waktunya dan berDOA mohon kejayaan kepada Allah... TAWAKKAL (berserah kepada Allah) kepada Allah dengan segala persiapan yang telah dibuat.
Monday, October 26, 2009
BAITULLAH AL-HARM - Maklumat Yang Boleh Di Kongsi Bersama









Selamat menunaikan Haji Buat Para Jemaah Haji.. Semoga mendapat Haji Yang Mabrur.
Sunday, October 25, 2009
BONUS OH BONUS
Alhamdulillah...Allah masih lagi rezekikan untuk kakitangan awam gred 41 ke atas dapat bonus.... walaupun sikit kira ok lah pada tak de langsung... Bersyukurlah kita pada Allah....
Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud : "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan ; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKU), maka sesungguhnya azabKU sangat pedih".
Banyak mana pun duit belum tentu dapat mencukupkan manusia. Sebab sudah menjadi sifat manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada... Yang paling penting kita mohon KEBERKATAN daripada Allah swt terhadap rezeki yang kita dapat...
Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur di atas segala nikmat Allah swt...
Tuesday, October 20, 2009
JAMUAN HARI RAYA
Dalam Bulan Oktober ni, banyak benar aktiviti yang dilaksanakan samada diperingkat sekolah, qaryah dan personal...
Bermula dengan jamuan Hari Raya pada 9/10 yang lalu. Bermula dengan masak lemang selepas Solat Jumaat dan diteruskan dengan Jamuan pada sebelah malamnya. Jamuan kali ni 2 dalam 1.. Jamuan hari raya dan hari keluarga.. Keesokan harinya pula, diteruskan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Wassalam...
Thursday, October 1, 2009
UJIAN DE E'IDULFITRI
Keadaan kereta selepas di ketuk...
khaulah tengok kete dah ok sikit. So dia kata : kete kita dah sihat dah abi.....
Selepas di gosok dengan kertas pasir
Selepas disimen
Keadaan kereta selepas di sembur cat..... Alhamdulillah sedap mata memandang....Uujiiaan...
khaulah ; abi kete kita dah cantik dah kan....
Firman Allah yang bermaksud : "Apabila kamu ditimpa dengan musibah, katakanlah sesungguhnya dari Allah kamu datang dan kepadanya kamu akan kembali ( Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun)"
Wassalam....
Wednesday, September 30, 2009
EIDULFITRI YANG DIRAI
Malam dan Pagi Raya de Bukit Sekilau...
izzul, udin,sarah,iman,naqi,hannan
buat pe tue... main elok-elok, jangan bergaduh...
Lebih meriah dengan buat birthday Una (Qistuna) yang ke 4...
Auni,sofea,amni,naqi,udin,una(birthday girl),ain & khaulah menyanyikan lagu happy birthday una...
tok abah dok memerhatikan cucu-cucu sedang bermain...
masing-masing berpakaian baru dan cantik....
tok abah kepenatan selepas selesai bagi duit raya ke cucu-cucunya....
maklumlah kurang lebih 17 orang cucu balik beraya tahun nie....
makan ape tue???
ma nak call sapa tue??
Berhari raya ke Terengganu & Kelantan...
On the way ke K.Terengganu
Nak sikit susu....
beraya dirumah Pak Dek ( Adik Ma ) di K.Terengganu
Ma berbual dengan adik kesayangannya... maklumlah lama tak jumpa...
Destinasi seterusnya, rumah Mok Long (Kakak Ma)
Mok Long & Ma cam biasa... buat riuh kat rumah orang....
khaulah pakai stokin & kasut sendiri.... berdikarilah katakan...
Beraya dirumah Pok Cik Hasan
Mak Dek terkini....
Beraya de Rumah Sahabat Se Yarmouk......
Afiqah
(Puteri Sulong Azuran & Aisyah)
Khaulah & Atok
Jom Shopping kat Bazar Rantau Panjang
Sampai semula kat kuantan Isnin malam Ahad jam 1.30 pagi.... sampai lewat sebab tunggu kereta siap cat....
sekian....